Dunia bolasepak ratapi kehilangan Choirul Huda

Berita sedih buat dunia bolasepak Indonesia.

 

Penjaga gol Persela Lamongan, Choirul Huda meninggal dunia selepas berlaku pertembungan di antaranya dengan pemain pertahanan Ramon Rodrigues dan penyerang Semen Padang, Marcel Sacramento dalam perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Persela Lamongan dan Semen Padang semalam.

 

Choirul Huda didapati meninggal dunia ekoran kecederaan di bahagian kepala dan lehernya dalam perlanggaran tersebut.

Perkara ini disebut oleh doktor yang merawatnya, Dr. Zaki Mubarok seperti dilaporkan Kompas.com.

 

“Choirul Huda didapati meninggal ekoran kecederaan di kepala dan leher.

 

“Dia masih bernafas ketika dibawa ke Hospital RSUD dr Soegir Lamongan.”

 

Dr. Zaki turut menyatakan bahawa Choirul mengamali Hypoxia di mana tubuh manusia kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Choirul Huda sememangnya seorang pemain yang cukup dikenali oleh peminat bolasepak Indonesia terutamanya kerana kesetiannya kepada Persela Lamongan yang menjadi satu-satunya pasukan yang diwakilinya sepanjang kerjayanya.

 

Kehilangan Choirul Huda bukan sahaja ditangisi peminat bolasepak Indonesia, tetapi juga mendapat perhatian media dan pemain bolasepak antarabangsa.

 

Bintang Manchester United, Paul Pogba antara yang mengucapkan takziah ekoran kejadian tragis ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *